Bantu Anak Berjalan Dengan Cara Yang Betul
Petikan dari www.utusan.com.my 08/07/2010
MENYAKSIKAN anak mula belajar berjalan merupakan detik yang sentiasa
ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri.
Namun apa yang berlaku sebenarnya, anak itu sendiri yang memutuskan
bila dia bersedia untuk membuka langkah pertama.
Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan keupayaan anak
mereka untuk berjalan dengan anak orang lain, sebaliknya terima saja
keupayaan anak itu seadanya.
Ada sesetengah anak yang mula belajar berjalan ketika memasuki usia
setahun dan ada juga anak yang baru belajar untuk meluruskan kaki
ketika usianya sudah mencapai 18 bulan.
Apa pun selagi bayi membesar dengan normal, ibu bapa tidak perlu
berasa bimbang. Namun jika ingin menyedapkan hati, ibu bapa boleh
bertanya atau mendapatkan pandangan doktor.
Berjalan merupakan proses yang berkaitan dengan keseimbangan,
perkembangan motor dan perbuatan yang tidak terlalu tergopoh-gapah.
Sesetengah bayi, dapat berdiri tegak sudah satu kejayaan baginya,
manakala yang lain dapat melangkahkan satu kaki ke hadapan merupakan
impian yang tidak terhenti di situ saja.
Sebenarnya terdapat beberapa cara ibu bapa oleh membantu bayi
belajar berjalan. Galakkan bayi untuk berdiri dan berpapah pada
perabot rumah untuk meningkatkan kestabilan dan membantunya
belajar menyeimbangkan badan dengan betul.
Apabila bayi semakin yakin, dia akan memilih untuk bergerak
mengelilingi perabot untuk mencapai mainan kesukaannya.
Baby walker
Alat bantuan berjalan yang mempunyai
tempat duduk dan beroda ini bukan alat
terbaik untuk membantu anak berjalan
lebih awal.
Malah ia sebenarnya boleh menyekat
perkembangan semula jadi anak untuk berjalan.
Bayi yang menggunakan walker cenderung
bergantung kepada alat tersebut untuk bergerak
dan menyeimbangkan badan.
Keadaan ini menyebabkan otot yang diperlukan untuk berjalan tidak
berkembang seperti sepatutnya.
Gunakan baby walker dengan berwaspada memandangkan setiap tahun
banyak berlaku kemalangan disebabkan alat tersebut.
Kaki ayam
Alam semula jadi sebenarnya memberi kita lapik tapak kaki terbaik untuk
kita mengekalkan keseimbangan badan. Memakaikan kasut pada anak
yang baru cuba berjalan juga tindakan semula jadi, tetapi cuba biarkan
anak terbiasa dengan permukaan yang berbeza-beza seperti rumput,
karpet, kayu dan pasir. Ia akan menjadi pengalaman yang menarik
dan mengujakan bagi anak.
Pegang tangan
Memegang atau memimpin tangan memang dilihat cara terbaik
untuk membantu anak berjalan tetapi sebenarnya menjejaskan
keseimbangannya.
Kalau mahu juga berbuat demikian cuba pegang badannya supaya tegak.
Interaksi
Satu dunia 'baru' akan terbuka apabila anak boleh berdiri dan dia
akan melihat sekelilingnya dengan perspektif yang baru. Sokong
keterujaan itu dengan menghabiskan lebih banyak masa bersamanya
dan beri galakkan untuk dia berasa lebih yakin menggerakkan
atau melangkahkan kakinya.
Dan apabila dia jatuh, ketawa bersamanya dan galakkannya untuk
mencuba lagi. Anak anda akan cuba mencapai semua benda apabila
dia boleh berjalan. Waktu ini mungkin anda akan 'merindui'
saat-saat dia hanya berbaring di katil.
<3 <3 <3
Comments
Post a Comment